Spiga

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT

TARIKH: 5 Mac 2009 - 8 Mac 2009

TEMPAT : Kampung Padang Kamunting, Pengkalan Balak Melaka

ANJURAN:PMAPIUM dengan kerjasama PERSAMA

Anda berminat untuk menyertai? Sila hubungi
Hidayat : 013-2007425 @ email: persama08@gmail.com

Keluarga Punca Kes Sosial Remaja

KES 1: Seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kangar, mendakwa diserang sekumpulan pelajar, termasuk diterajang berkali-kali pada perut di dalam kelas baru-baru ini.
Kes 2: Seorang murid Sekolah Kebangsaan Taman Desa berusia 12 tahun memukul guru dengan penyodok apabila dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah dan diminta menyiapkannya sambil berdiri.
Kes 3: Seorang guru disiplin Sekolah Menengah Datuk Syed Omar di Kedah, berusia 39 tahun dibelasah sehingga cedera parah di muka dan badan kerana menangkap seorang pelajar yang lari daripada majlis perhimpunan.

Kes di atas adalah sebahagian kronologi kes disiplin membabitkan pelajar menyerang guru. Fenomena yang berlaku ini bukan perkara aneh dan pelik. Walaupun banyak seminar, kempen dan jawatankuasa ditubuhkan bagi menangani kes disiplin pelajar, tahap disiplin pelajar semakin membimbangkan.
Bagi saya, masalah salah laku pelajar ini akan terus berlaku jika setiap di antara kita tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Bila berlaku masalah seperti ini, masing-masing menyalahkan antara satu sama lain macam cerita bangau oh bangau. Kementerian Pelajaran akan mengeluarkan kenyataan 'kami akan siasat', pengetua sekolah kata 'kami akan mesyuarat,' guru kata 'kami akan ambil tindakan'. Apakah bila berlaku masalah baru kita hendak bertindak?

Persoalan pokok yang perlu diperhalusi ialah kenapakah kes seperti ini berlaku? Pepatah Arab ada menyebut 'mencegah itu lebih baik daripada merawat.' Justeru, apa perlu kita lakukan adalah melihat kepada aspek pembinaan keluarga.
Tidak dapat tidak kita kena melihat generasi muda kita hari ini jika kita ingin mengurangkan masalah ini daripada berlaku dalam tempoh 20 tahun akan datang. Kerajaan dan semua pihak terbabit hendaklah mengambil serius dalam aspek pembinaan keluarga ini. Antara alternatif dicadangkan, adakan skim perkahwinan, kursus pembinaan keluarga bukan saja untuk mereka yang hendak berkahwin (kursus kahwin) dan insentif kewangan bagi keluarga miskin.
Selain itu, aspek kerohanian hendaklah diterapkan dalam agenda kerajaan sama ada dalam bentuk hiburan, kebudayaan, dan pendidikan yang berterusan. Mudah-mudahan kita dapat mewujudkan kerajaan dan masyarakat yang baik serta mendapat petunjuk daripada Allah.

MOHD KHAIRUL HIDAYAT BERAHIM,
Presiden Persatuan Mahasiswa Melaka (PERSAMA)
Universiti Malaya.

0 comments: