Spiga

PROGRAM OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT

TARIKH: 5 Mac 2009 - 8 Mac 2009

TEMPAT : Kampung Padang Kamunting, Pengkalan Balak Melaka

ANJURAN:PMAPIUM dengan kerjasama PERSAMA

Anda berminat untuk menyertai? Sila hubungi
Hidayat : 013-2007425 @ email: persama08@gmail.com

Pendidikan Generasi Muda Perlu Relevan Ikut Semasa

Surat Pembaca 2 Berita Harian : 24 Oktober 2008

KONTRAK sosial merujuk kepada permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat dan pemimpin Melayu, Cina dan India. Pemeteraian kontrak sosial ini juga disertai dan dipersetujui parti mereka iaitu Umno, MCA dan MIC bagi mewujudkan sebuah negara aman dan adil.
Isu untuk menjadikan subjek kontrak sosial sebagai kurikulum di institusi pendidikan negara mula menjadi perhatian hangat. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya subjek kontrak sosial dimasukkan sebagai kurikulum baru pada peringkat universiti.

Asas cadangan beliau adalah untuk memberikan penjelasan kepada generasi muda agar tidak timbul kekeliruan dan salah faham. Cadangan Muhyiddin itu kemudian disambut oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang juga menyarankan supaya kontrak sosial diperkenalkan di institusi pendidikan bagi membolehkan generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.
Persoalan yang perlu difikirkan bersama adakah benar generasi muda hari ini tidak memahami kontrak sosial sehingga menjadi keperluan bagi negara menjadikan ia sebagai kurikulum pendidikan ataupun disebabkan timbul beberapa isu yang dimainkan ahli politik.

Bagi saya seolah-olah menjadi trend apabila timbul sesuatu permasalahan maka diwujudkan jalan penyelesaian baru. Sebelum ini turut dicadangkan subjek sejarah sebagai satu subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diambil calon pada tahun 2013 kerana dikatakan pelajar sekarang kurang memahami sejarah.
Berbalik kepada permasalahan maka diwujudkan jalan penyelesaian baru. Ahli akademik, tokoh pendidikan dan sejarawan negara hendaklah duduk semeja bagi berbincang secara mendalam di samping menjalankan kajian teliti isu ini supaya setiap perkara yang dilaksanakan mencapai kualiti diinginkan.
Realiti yang perlu dilihat sebenarnya, generasi baru sekarang perlu dididik berasaskan kefahaman serta kesedaran bukannya melalui `paksaan’. Institusi pendidikan negara hendaklah bersedia untuk berdepan dengan generasi baru ini agar pendidikan yang diterapkan relevan dengan keadaan semasa.
MOHD KHAIRUL HIDAYAT BERAHIM,
Persatuan Mahasiswa Melaka (Persama),
Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

0 comments: